Penjagaan kulit oleh lelaki
Pernah dengar istilah lelaki metrosexual? Istilah ini diberi kepada lelaki yang suka bergaya hebat, berpenampilan menarik, menjaga pakaian dan juga alat solek, tampil dengan penampilan yang sangat berbeza dengan kebanyakan lelaki bukan metrosexual. Ada sesetengah orang, tak suka dilabel menjadi metrosexual, ya lah, mungkin disebabkan ‘malu’ kerana penjagaan penampilan ini hanya untuk perempuan semata-mata
Jaga kulit
Hari ini nak sentuh mengenai lelaki dengan kulit. kita kesampingkan dulu istilah metrosexual dan fokus pada penjagaan kulit. Biasanya kalau bab-bab penjagaan kulit ni, cukup sinonim dengan perempuan. Perempuan suka make-up, alat make-up nak mahal-mahal dan make-up mesti hari-hari. lelaki?? eeeiiiwww
Sebenarnya penjagaan kulit ini tidak jumud terhadap alat make-up semata-mata, tapi lebih dari itu. Kulit bukan sahaja di muka, tapi diseluruh badan. Mungkin sebab muka itu anggota badan yang dilihat oleh orang dulu, sebab itu kulit disinonimkan dengan muka sahaja. jom kita ubah persepsi ini Susah mahu menjaga kulit? Tak susah sebenarnya untuk lelaki menjaga kulit. Tak kira jentina apa, kesihatan kulit boleh dijaga dengan pemakanan yang betul dan sapuan di bahagian luaran dengan losyen atau produk penjagaan kulit yang lain. Lelaki jika tidak pandai memakai sabun ketika mandi, alamatnya bukan sahaja akan dijauhi oleh perempuan, lelaki lain pun akan menjauhinya. Sini akan kongsi 3 cara yang paling senang untuk jaga kulit bagi para lelaki
|