Penjaaan Makanan Untuk Mengawal Berat Badan (Diet Yang Sempurna)
Makanan yang sihat, teratur dan pengambilan yang seimbang adalah penting kerana ianya dapat mengelakan daripada sebarang penyakit. Ramai yg bertanyakan tentang tips untuk menguruskan badan. Yang pastinya , hargailah badan dan kesihatan kita. Jangan terlalu ingin menurunkan berat badan tanpa memikirkan tentang kesihatan dan lain lain faktor. Jika terlalu stress dan setiap hari hanya memikirkan bagaimana untuk menguruskan badan dan asyik sering dok menimbang berat badan, maka berat badan juga akan lambat turun. Jadi amalkan pemakanan yang sihat. Dibawah ni cuba di perturunkan beberapa langkah yang agak senang dan memang sehat .Cuma bila saya bitau cara cara ni, kengkadang sesetengah tu berkata , tak dapat nak lakukan… selagi tak cuba macam mana nak dapatkan hasilnya.....
Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.
Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan (bagus untuk kesihatan)
Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.
Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan, perut dan minda.
0 comments:
Post a Comment